Tuesday, May 31, 2016

BERMUKUN Gendang BorNeo . . .



GENDANG - BERMUKUN REBANA Dalam kehidupan masyarakat desa penetapan tarikh, masa dan tempat bermain biasanya diberitahu lebih awal. Bermukun biasanya dilakukan sewaktu mengadakan majlis seperti perkahwinan, berkhatan dan makan tahun. Untuk menjayakannya semua orang diberi kesempatan menghadiri baik masyarakat setempat mahupun masyarakat dari kampong lain.

Dengan lain perkataan bermukun dapatlah kita sifatkan sebagai majlis terbuka. PENDAHULUAN Sudah menjadi kelaziman dalam satu-satu perayaan itu diraikan dengan berbagai-bagai cara.

Tujuannya adalah untuk menyelaraskan garis tengah yang mencakul norma-norma social, kerukunan, kerjasama, komunikasi dan kesyukuran. Setapak demi setapak teknik dan gaya perayaan itu akan diubah oleh masyarakat yang terlibat di dalamnya mengikut aspirasi dan environment zaman tersebut. TUKANG MUKUN

Tukang mukun atau pemukun terdiri daripada anak-anak dara. Pada kebiasanya pemukun terdiri daripada 2 orang dan dalam waktu bermukun mereka dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang berpantun dan mempunyai suara yang baik. Dia juga mesti pandai menukar lagu dan irama yang dibawakan dalam masa-masa yang tidak ditetapkan.

Tari tandak adalah lelaki daripada kumpulan orang ramai. Mereka dikehendaki menari berpasangan. Dalam satu edaran, 4 orang penari akan dibenarkan mengambil bahagian dan salah seorang daripada mereka mestilah pandai berpantun atau yang paling baik mereka keempat-empat pandai berpantun.

Walaupun masa menari dihadkan, penari-penari dibolehkan terus menari sekiranya belum ada orang yang mahu mengganti edaran. Selalunya dalam satu edaran akan mengambil masa 5 ke 20 minit, akan tetapi ini adalah tertakluk kepada ramai yang mengambil bahagian.

Setiap Tari tandak menjualkan pantun kepada pemukun dan pemukun akan menjawap dengan nada yang lembut dan merdu. Merupakan satu fenomena social yang agak signifikan, diolah dan diadun oleh masyarakt MALA YU terutama masyarakat desa sebagai satu cabang seni dan kebudayaan bangsa yang ulet.

Merupakan satu daya cipta yang tidak harus dipandang rendah nilainya. Ada masanya bermukun ini menghayati sebahagian daripada cara hidup masyarakat terutama masyarakat pendalaman.

Dalam masa sunyi, lagu mukun kerap didendangkan untuk menghibur hati dan mengisi masa lapang. DEFINISI Terbang burung semua-mua

Sayapnya pandai bermain angin,
Selamat datang tuan semua,
kami di sini tumpang bermain.

Terang bulan menggali ubi,
ubi digali berkarung-karung,
kanda di awan dinda di bumi,

Berkirim surat dipatuk burung. CONTOH PANTUN Pantun yang didendangkan dalam bermukun ini mempunyai kategori yang tertentu dan terdapat perbezaannya, baik dari segi penyampaian mahupun pembayang maksud. Pada garis kasarnya setiap pantun terdiri daripada 2 rangkap. Rangkap pertama merupakan pembayang maksud iaitu dapatlah diumpamakan sebagai kulit pantun.

Tujuannya hanyalah seolah-olah menyedia dan menyedapkan orang untuk mendengar isi sebenar yang hendak dikatakan Pantun yang paling digemari dalam bermukun ialah pantun asmara. Pantun jenis ini amat popular dikalangan muda-mudi dan lebih menarik perhatian ramai serta menimbulkan persefahaman kemesraan dan keriangan. Dengan itu jalinan silaturahim bertambah erat dan kukuh.

PANTUN ASMARA Melodi pantun yang dibawakan sentiasa bertukar-tukar daripada satu irama ke satu irama. Pemukun dan penari menukar iramanya apabila irama itu sudah lama dibawakan. Irama ini diadun dengan lembut dan gaya yang tersendiri.

Dari sini timbul satu hasil cipta yang bercirikan dendangan yang lembut sebagai olahan kearah konsep penglipur lara. RUMAH PANJANG YANG TIDAK BERDINDING KHAS UNTUK DIGUNAKAN BAGI MAJLIS KERAMIN

DIHIAS
DIPAGAR
DIPASANG LANGSIR

TEMPAT MEMUKUN Bermukun ini juga merupakan satu perlambangan masyarakat. Jika kita kaitkan permainan ini dengan kesusasteraan, sedikit banyak terdapat ciri-ciri persamaannya. Pantun yang didendangkan dalam bermukun adalah termasuk dalam jenis puisi, di samping mengandungi kata-kata indah yang terdiri daripada variasi irama dan kombinasi bunyi bahasa.

Bermukun juga membuat sumbangan kepada masyarakat ketika itu. Kita tahu dulunya banyak menggunakan tenaga dalam pekerjaan harian, kerana itu mereka juga memerlukan hiburan. Bermukun adalah merupakan satu hiburan yang sedarhana persembahannya, terpelihara daripada perkata sumbang dan keterlaluan. TIDAK SEPERTI MAJLIS PARTI SesatBARAT YANG CARA PERSEMBAHANNYA BEGITU HANGAT DAN BERCANGGAH DENGAN KONSEP AGAMA ISLAM DAN KEBUDAYAAN BANGSA KITA.

Harus ingat tidak semua yang baru itu baik dan tidak pula semua yang lama itu buruk. Harapan kita kepada generasi sekarang supaya mereka dapat membimbit unsure lama ke dalam unsure baru dengan tidak merosakkan keasliannya. Jika perkara yang sedemikian ini dapat dilaksanakan bererti sebahagian daripada warisan kebudayaan yang diamanahkan kepada kita akan terpelihata dan terjamin mutunya.

KESIMPULAN diperbuat dari papan kayu pilihan, dibulatkan dan dilobangi dengan menggunakan mesin bubut bertenaga listrik dengan desain

Khusus agar menghasilkan suara yang khas.

Pada sisi sebelahnya dipasang kulit kambing yang sudah disamak putih.

Dengan keterampilan, keahlian serta kesabaran dalam penggarapannya maka akan menghasilkan salah satu karya seni Islami dalam bentuk Rebana yang berkualiti.

Rebana yang bagus mengeluarkan bunyi yang baik. Bilakah bermukun sering dilakukan ?

Ketika tahun 60-an Penari tandak Lelaki CIRI-CIRI DAN KONSEP ia juga mendukung elemen yang mempunyai pengertian dan perasaan yang sumbernya teguh daripada pengalaman.

Dengan demikian akan mengungkapkan segala idea daripada ketajaman pancaindera yang dikendalikan oleh kemampuan intelek.

Pembawa pantun secepat mungkin mengekspresikan hunbugan antara benda dan penglihatannya dengan kesengsaraan manuasia, keresahan jiwa, pengalaman cinta dan segala summber kehidupan yang ditemui.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei 1989 http://bruneiresources.blogspot.com/2007/04/memukun-bruneis-unique-tradition.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...