GENDANG♫ - YANG
Indah itu Bahasa ‘Bergendang’ atau
lebih dikenali dengan gelaran bermukun ialah
khazanah tradisi budaya dan kesenian masyarakat MALAYU Sarawak. Dalam aktiviti
bergendang, terdapat 3 elemen penting iaitu; Dendangan (Seh
Gendang), Menopeng dan Bertandak. Selain itu, terdapat juga
elemen-elemen lain seperti kereografi, zapin dan alat muzik tambahan seperti
akordian, gong dan biola.
Dendangan
Irama Bermukun
Bagi
acara berbermukun atau berbalas pantun ini, nyanyian pantun bertukar mengikut
kemahiran Seh gendang dan penggesek biola. Kebiasannya, irama itu
berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun warisan melayu Sarawak
dahulu mempunyai irama yang di sebut; Labuan, Menyubuh, Asam Paya, Samsudin,
Air Amboi, Selendang Mayang, Bintang Beralih, Bercerai Kasih,
Air Pasang dan Sayang Serawak.
Pantun
Sarawak, Nyanyian Irama Bergendang
Pantun MALAYU Asli Sarawak bermukun
Bukan
mukun sebarang mukun,
Mukun kamek berisi beras;
Bukan
pantun sebarang pantun,
Pantun
kamek minta dibalas.
Pantun MALAYU Asli Sarawak - Dandan Beranyut
Tuntung dian
tuntung pelita,
Hendak
menyuluh si batang sirih;
Berperang dandan dengan
dewa,
Kerana
merebut intan terpilih.
- Pantun MALAYU Asli Sarawak; Dandan Beranyut dari
Syair Kitab Tajul Muluk.
Pantun MALAYU Asli Sarawak - Labuan
Sayang
Labuan Pulo di
laut,
Khabar
berita pulo yang tumbuh;
Salam
mu tuan saya menyambut,
Asal
rahsia disimpan teguh.
- Pantun MALAYU Asli Sarawak - irama Labuan
Pantun MALAYU Asli Sarawak - Asam paya
Asam
paya buah di hutan,
Dalam
sepompong masak sebiji;
Sungguh
kacak wajahmu tuan,
Dalam
kampung payah dicari.
- Pantun MALAYU Asli Sarawak - irama Asam Paya
Himpunan
pantun MALAYU Sarawak
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Perahu
balok membawa kain,
Patah
kemudi di Betin Sebandi;
Kamek sik maok dimain-main,
Tunjuklah
bukti kasih sejati.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Madu kesamak kuih asli,
Hidang
dengan tumpik lemantak;
Kasih
terletak padanya hati,
Hati
jangan menurut kehendak.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Tikam
sauh tikam serampang,
Ditikam
dari perahu layar;
Apa
digaduh apa digampang,
Takkan
lari gunung dikejar.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Anak boyar iler betenong,
Datang
ke lubok memakan bangkei;
Hajat
di hati nak pelok gunong,
Apakan
daya tangan sik sampei.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Dari
Sipitang ke Tanjung Pagar,
Perahu
kotak ke Pulo Labuan;
Bulan
terang cahya bersinar,
Di situ
nampak wajahmu tuan.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Tanjung
Kidurong pasir bersinar,
Tempat
orang mengail gelama;
Jangan
termenung jangan bergusar,
Saya
datang membawa bahagia.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Pokok
lakum tumbuh menjalar,
Ditanam
mari sebelah darat;
Sepuluh
tahun lautan terbakar,
Mengapa
kini baru berasap.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Tuan
raja menunggang kuda,
Putera
bermain pangkaln sapi;
Orang
kaya dipandang mulia,
Saya
miskin tiada yang sudi.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Tanak
nasi si beras biris,
Beras
mirah dari Simunjan;
Parah
hati bagei dihiris,
Saya
sudah putus harapan.
Pantun MALAYU Asli Sarawak
Dayung
sampan ke Balai Ringin,
Tebang
belian berkulit putih;
Wahai
bulan dan juga angin,
Sampaikan
pesan penyambung kasih.
No comments:
Post a Comment